Sunday, 29 May 2011

PROJEK CENDAWAN INDAH ENTERPRISE

Ditubuhkan Januari 2010 dengan pengambilan 5000 beg media yang siap dibenih dan diperam.Ia dirasmikan oleh En Mohd Rahim B Mohd Alif iaitu Pegawai Kebajikan Masyarakat Seberang Perai Utara. Idea menjalankan projek cendawan ini datang dari buah fikiran Penyelia PDK Bagan Indah iaitu Pn. Hajjah Rozila  Bt. Hj Saud.





Tujuan projek ini dijalankan untuk memperkasakan ekonomi para pelatih PDK dan memberikan pendapatan sampingan ekonomi PDK. Selain itu juga,projek ini bertujuan untuk melatih para pelatih supaya mereka dapat mengetahui serba sedikit mengenai ilmu perniagaan.





Setelah hampir setahun menjalankan projek secara kecil-kecilan,projek tersebut telah mendapat perhatian daripada pihak Pembangunan Keluarga,Wanita dan Masyarakat.Mereka telah memberikan peruntukan kepada projek cendawan sebanyak RM 30,000 agar projek tersebut dapat diperkasakan lagi.
Hasil dari wang peruntukan RM30,000 itu,Rumah Cendawan telah dibina lagi untuk memproses beg media secara besar-besaran dan tiga buah mesin pemprosesan beg media telah dibeli.





Sehingga hari ini,Cendawan Indah Enterprise telah mengeluarkan cendawan segar dan mengedarkan beg media yang siap dibenih dipasaran yang terdekat.


No comments:

Post a Comment